Thursday 13 October 2011


Matematik Suatu Budaya. 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-910-7 (kulit lembut). 236 halaman. Raymond Louis Wilder. Diterjemah oleh Shaharir Mohamed Zain.
Ahli matematik moden bukanlah seseorang yang mempunyai jurusan pemikirannya yang sempit dan tidak menyedari tentang kehidupan keintelektualnya. Kecintaan dan kemahiran dalam muzik sering bergerak seiring tetapi pendedahannya kurang kerana kebiasaannya ahli matematik tidak suka mempamerkan kebolehannya. Mereka sering berpuas hati dengan menyembunyikan bakat dan kebolehan diluar kurikulum daripada bidang matematik. Oleh itu dalam buku ini, melalui teori White, diperkenalkan suatu gambaran yang mewakili matematik secara grafik, iaitu pokok matematik. Menurut konsep ini matematik boleh diwakili sebagai suatu rajah seperti pokok dengan akarnya sebagai matematik asas, manakala batang dan rantingnya mewakili pelbagai subbidang matematik. Selagi matematik berkembang dengan cara ini, aljabar dan geometri adalah pada cabang yang berbeza, manakala aksiom dan mantik diwakili akar. Namum apabila Fermat dan Descartes memperkenalkan konsolidasi aljabar dengan geometri untuk membentuk geometri analisis, perwakilan pokok ini mula runtuh. Apa pun cara yang digunakan untuk meneliti perkembangan matematik dan berhadapan dengan kesukaran seperti mengumpulkan teori matematik kepada asalnya yang wajar. Sebuah system perwakilan seharusnya member ruang kepada keluwesan yang luas, seperti yang diketengahkan dalam teori White tentang system budaya.
RAYMOND LOUIS WILDER, Profesor Matematik dari University of California, Santa Barbara, Amerika Syarikat. Beliau yang mengkhusu dalm subbidang topologi kemudian turut memperoleh kemahiran dalam falsafah dan antropologi.


Buku Rakan Matematik

Abstrak :
Buku yang asalnya ditulis dalam bahasa Rusia ini telah dihasilkan oleh keadaan kebudayaan yang luar biasa oleh bekas Kesatuan Soviet yang memupuk pembentukan kumpulan pelajar, guru dan ahli matematik yang digelar “rakan matematik”.

Buku ini ditujukan kepada para pelajar dan guru yang mencintai matematik dan ingin mempelajari pelbagai cabang matematik melangkaui batasan kurikulum sekolah.Ia juga merupakan buku rekreasi matematik , dan pada masa yang sama, buku ini mengandungi bahan teori dan masalah yang luas dalam bidang utama yang dianggap oleh para penulis sebagai “matematik kurikulum tambahan”. 

Buku ini berdasarkan satu pengalaman unik diperoleh daripada beberapa generasi pendidik dan sarjana Rusia.

Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh American Mathematical Society di bawah tajuk Mathematical Circles, ©1996 American Mathematical Society. Terjemahan sedia ada telah diterbitkan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia dan dicetak dengan kebenaran American Mathematical Society.

Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan persediaan bagi pertandingan Olimpiad Matematik Kabengsaan (OMK) dan versi Bahasa Inggerisnya telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh pasukan IMO Malaysia sejak tahun 2008 lagi.

Bil m/s : 397

ISBN 978 – 967 – 10529 – 0 – 7

Harga RM60.00 (tidak termasuk belanja pos)

No comments:

Post a Comment